AKU telah menerima arahan pertukaran untuk kembali
bertugas di daerahku, enam bulan selepas peristiwa itu. Hatiku berbaur dengan
berbagai perasaan. Aku berasa lega kerana tidak perlu lagi bangun seawal 4.30
pagi pada setiap hari.
Idham pun tidak begitu sihat. Umur yang semakin
meningkat, penglihatannya semakin kabur dan aku benar-benar rasa kasihan
padanya yang terpaksa menghantar aku setiap pagi ke setesen bas. Kadangkala aku
bimbang jika terjadi kemalangan kerana penglihatan Idham semakin tidak jelas
apabila terkena silauan lampu kereta yang bertembung dengan kereta kami.
Bukannya aku tidak boleh memandu sendiri, malahan aku sudah pun memiliki lesen.
Namun, ketidak yakinan Idham terhadap kebolehanku terlalu tebal dan tidak mampu
aku kikis.
Sebagaimana yang diinginkan oleh Syamil, perhubungan
kami masih berjalan seperti biasa. Kunjungan e-mailnya, masih belum putus.
Setiap kali dia ke rumah isteri keduanya, Syamil akan memberitahu dan meminta
keizinanku terlebih dahulu. Atas ketulusan kasih sayangku kepada Syamil, aku
tidak pernah menghalangnya, bahkan menasihati supaya menjaga dan berilah kasih
sayang kepada kedua isterinya dengan adil. Asalkan Syamil tidak menceritakan
peristiwa-peristiwa mesranya bersama Noshakila, aku sedikit pun tidak rasa
cemburu.
Aku sedar, aku hanya menumpang kasih dan
bermanja. Syamil, sangat memahamiku
lebih dari Idham dan adik beradik serta saudara maraku yang lain. Aku tidak
pernah menyayangi sesiapa pun seperti mana aku menyayangi dirinya. Hanya kadangkala, terdetik juga di hatiku,
sejauh manakah kasih sayangnya kepadaku? Selama manakah akan bertahan?
Syamil yang tidak pernah habis dengan masalah
perniagaannya. Syamil yang tidak habis-habis dengan ucapan sayang dan cintanya
kepadaku, mungkin juga menjaja cintanya di sana sini, namun itulah lelaki yang
aku sayang dan puja walaupun hati terluka.
Idham yang
tidak pernah mengucapkan sayang, tidak pernah menyatakan cinta, jarang-jarang
memeluk dan memesrai aku, terlalu mengongkong kehidupanku itulah lelaki yang
membuat aku rasa lemas dan sengsara. Namun, demi kemanusiaan, aku terus setia
dengannya walaupun aku dibeliti derita setiap masa. Alangkah sukarnya berada
ditempatku.
Apabila kesihatan Idham semakin mengurang, peluang
untuk aku berchatting dengan Syamil semakin luas. Idham kerap letih. Dia
telah disahkan mengidap kencing manis setelah membuat pemeriksaan di hospital.
Setiap malam, 10.30 malam Idham sudah pun berdengkur. Peluang ini aku gunakan
untuk berbual dengan Syamil. Aku terus melayani Syamil dengan baik. Pejam
celik, perhubunganku dengannya pada waktu itu sudah menjangkau empat tahun.
Siang malam, siang malam sudah dua tahun Syamil berhutang wang denganku tetapi
tidak pernah berusaha untuk membayarnya walaupun seringgit. Aku masih bersabar
kerana pada waktu itu, aku masih memiliki simpanan wang. Idham pun sudah mula
memberi aku perbelanjaan harian walaupun hanya RM20.00 seminggu.
Kadangkala aku ada juga menuntut hutang dari Syamil
dengan bahasa-bahasa kiasan. Aku tidak mahu melukakan hatinya. Malangnya,
Syamil seorang yang sangat bijak mencipta alasan. Namun, demi kasih sayangku
yang tidak berbelah bagi, aku sentiasa bertolak ansur.
Sebenarnya jumlah wang hutang itu tidak mustahak
sangat kepadaku, yang aku mahukan ialah Syamil tahu tanggungjawab dan
memelihara maruahnya. Apatah lagi, dia memiliki dua orang isteri, mengapa
isterinya tidak membantu segala kesulitannya.
Adakah aku memiliki seketul hati yang terlalu
lembut. Mudah
mengasihani orang lain. Mungkin itu kelemahanku tetapi bukankah itu ajaran
Islam. Berbuat kebaikan pada bila-bila masa dan di mana sahaja kepada sesiapa
juga. Jangan serik membuat kebaikan walaupun di balas oleh kepahitan oleh
golongan manusia kerana ALLA-lah yang bijak menilai segalanya.
>Lidyahani< Bagaimana dengan bisnes abang
sekarang?
>abgdno<
Pening...
>Lidyahani< Masalah apa? Ceritalah... kalau
boleh bantu, Hani bantu.
>abgdno<
Tak apalah. Biar derita kutanggung sendiri.
>Lidyahani< Hai... isteri ada dua, takkan
seorang pun tak boleh buat tempat mengadu.
>abgdno< Ada
isteri sepuluh orang pun jika tidak memahami hati suami... buek mengabeh
boghaih jorr…
>Lidyahani< Tengok
tu... kan abang dah janji suka duka kita kongsi bersama... ceritalah.
>abgdno< Tak
apalah, sayang dah banyak bantu abang...hutang yang dulu pun abang belum bayar
lagi.
>Lidyahani< Pinjaman
mikro kredit tu tak lulus lagi ke?
>abgdno< Kalau
dah lulus, tak adalah abang pening kepala.
>Lidyahani< Isteri
pergi mana? Noshakila tu... takkan tak boleh bantu abang.
>abgdno< First wife tak kerja… Shakila tu… susah abang
nak cakap... lagipun dia masih continue study di UUM… jarak jauh. Satu semester
kena bayar RM 5000
>Lidyahani< Yalah, abang suami dia, walaupun dia isteri
kedua,abang sebagai suami sepatutnya menjadi keutamaan dia..
>abgdno< Itu kata Hani… tapi dia lain, suka bising dan
marah-marah kalau abang minta bantuan kewangan. Abang tak suka.
>Lidyahani<
Takkan nak marah abang. Kata sanggup cari abang sampai 15 tahun menunggu tak
kahwin-kahwin… takkan berkorban sikit untuk abang tak sanggup.
>abgdno< Entahlah Hani... sebenarnya abang telah
membuat kesilapan kerana menikahi Shakila. Abang tersilap membuat perhitungan.
>Lidyahani< Menyesal ke ni?
>abgdno< Menyesal pun tak guna.. nasi
dah jadi bubur.Anak pun dah ada sorang. Kalau abang tahu begini sikap Shakila,
sumpah... abang tak akan kahwin dengan dia.
>abgdno< Sayang
tahu... minggu lepas, abang nyaris lagi buat keputusan untuk tinggalkan dia..
Aku tertarik dengan cerita Syamil. Baru bernikah tak
sampai dua tahun sudah mahu ditinggalkan. Apa yang tak kenanya dengan
Norshakila yang kononnya wanita ikhlas yang sanggup menjadi isterinya walaupun
bermadu itu?
AKHIRNYA hari yang
ditunggu-tunggu pun tiba. Pada hari itu, aku pergi kerja
seperti biasa. Sampai di bandar aku meninggalkan kereta di medan letak kereta
di belakang pasar raya di bandar. Kemudian aku menaiki bas ekspress menuju ke
Butterworth.
Pada Idham, aku menyembunyikan segalanya. Pada
mulanya aku memberitahu yang aku sudah selamat sampai ke pejabat tempatku
bertugas. Kerana sikap Idham yang suka mengongkong, mendera mental serta
fizikalku, aku mulai pandai berbohong. Dulu-dulu aku tidak pandai dan tidak
mahu berbohong.
“Helo bang! Lidya dah selamat sampai ke pejabat ni!
Bye.” Itulah skrip harian yang harus
kusampaikan kepada Idham, setiap kali tiba ke pejabat.
Kadangkala aku sesal juga dengan sikap lurus bendul
dan lembut hatiku. Di setengah perjalanan aku rasa bersalah kerana membohongi
suamiku itu, lalu aku menelefon Idham memberitahunya yang aku sedang berada di
dalam bas menuju ke Butterworth. Apa lagi terkejut besarlah lelaki itu.
Maklumlah, semenjak berkahwin aku tidak pernah dilepaskannya untuk ke sana sini
seorang diri kecuali atas keperluan kerja atau kursus.
“Ya ALLAH, Lidya! Mengapa ni? Lidya tipu abang, ya.
Tadi Lidya kata Lidya dah sampai ke pejabat! Sekarang ni Lidya beritahu Lidya
ada di dalam bas ekspres pula! Lidya dah gila ke?” suara Idham marah-marah.
Memang patut pun aku dimarahi.
“Lidya saja nak ambil angin bang! Boring!.”
Aku menjawab perlahan.
“Lidya! Tolong balik sekarang!” arah Idham. Mungkin
fikirannya sudah jadi tidak tentu arah lagi. Maklumlah, burung di tangan sudah
terbang bersendirian.
“Eh! Nak balik macam mana? Di highway ni!
Dah sampai Juru!” Aku menceritakan yang sebenar.
“Lidya! Lidya tu isteri abang! Sedar sikit!” Idham
mula berleter.
Aku memadamkan talian telefon bimbitku. Di hatiku
kini hanya ada Syamil. Aku bosan dengan sikap mengongkong yang ada pada Idham.
Sampai di perhentian bas Butterworth, Syamil sudah
menantiku. Dia memakai baju T putih dan jeans berwarna hitam. Aku gembira
sebaik sahaja terpandangkan wajahnya.
Hilang segala rasa rindu yang menggebu. Tamat segala rasa geram dan
marah. Tangannya kujabat dan kucium dengan penuh kasih sayang.
“Cantiknya sayang abang pakai macam ni.”
Hari itu aku mengenakan baju kebaya moden berwarna
biru lembut berbunga hijau muda dan kelabu lembut. Baju itu aku padankan dengan
tudung kelabu lembut yang bermanik di tepinya.
“Laaa… Hani dah lama tak naik motorsikal bang!” Aku
terjerit, sewaktu Syamil menghulurkan topi keledar berwarna hitam yang sudah
kumal warnanya. Kami berdiri di sisi sebuah motorsikal yang kelihatannya masih
baru berdasarkan nombor pendaftarannya tetapi tidak dijaga rapi. Bau hapak dari dalam topi keledar itu singgah
di hidungku. Aku menutup hidung berhati-hati, bimbang mengecilkan hati Syamil. Kali terakhir aku
menaiki motor ialah bersama Michael Collin. Lebih kurang sepuluh tahun yang
lalu.
“Sayang abang tak?” Syamil yang tersengih-sengih
melihat telatahku yang terkial-kial membuka tali topi keledar, mengambil kembali topi tersebut daripada
tanganku.
“Laa, bang, kita naik teksi lah. Macam mana Hani nak
naik motor,b pakai kain? Leceh! Kita naik teksilah. Abang, please!” Aku
masih memujuk.
Syamil masih tersengih-sengih.
“Sayang abang tak? Kalau sayang…” Syamil tidak sempat menghabiskan bicaranya kerana
aku merapatkan diriku kepada Syamil bagi memudahkan lelaki itu mengenakan topi
kaledar di kepalaku. Dia tersenyum lebar.
“Abang jangan bawa laju-laju. Nanti Hani tercicir,
takut!!!” Aku berpesan kepada Syamil sewaktu terkial-kial menaiki motor yang
telah dihidupkan enjinnya.
Syamil hanya tersenyum. Dia menoleh ke arahku yang
sedang membetulkan kain, supaya tidak terselak ditiup angin sewaktu motor
bergerak nanti. 30 minit di atas motor Syamil, kami tiba ke tempat
yang dituju.
“Inilah siber kafe abang! Jomlah!” Tanpa rasa takut,
Syamil mengheret aku masuk ke dalam siber kafe itu. Segala dokumen yang bersangkutan dengan siber
kafe itu, jika boleh ingin ditunjukkan kepadaku. Dia ingin membuktikan yang dia tidak pernah
menipuku.
Sebaik sahaja telepon bimbitku aktifkan semula,
terpapar di skrin nama Idham. Dadaku kian berdebar.
“Lidya! Baliklah! Baliklah sekarang! Kalau Lidya tak
balik, abang laporkan pada polis!” Idham mula mengancam dan mengugut aku.
Aku terus berasa sedih dan menangis. “Nanti Lidya
baliklah! Abang risau sangat kenapa? Bukannya Lidya budak lima tahun!” Aku
memadamkan kembali telefon bimbitku. Niatku ialah, biar Idham tidak dapat
menghubungiku. Aku rimas dengan sikapnya yang melayaniku seperti budak-budak. Buat itu tak boleh, buat ini dilarang. “Hubby
telefon!” Aku mengadu kepada Syamil yang sedang memegang bahuku. “Dia marah
Hani. Dia kata nak report polis!”
“Sabarlah, sayang.” Syamil memujuk sambil
memicit-micit bahuku. Dia membimbing tanganku sewaktu menaiki tangga ke tingkat
atas siber kafe itu.
“Di sini abang buat kelas tuisyen.” Syamil menunjukkan kepadaku ke arah meja-meja
yang tersusun di situ. Ada kira-kira 20 buah kerusi yang berkembar dengan meja
untuk menulis berwarna hitam. Aku membisu. Perasaanku tidak tentu arah. Air
mata masih mengalir dipipiku. Aku duduk di salah satu kerusi yang ada disitu.
“Tunggu di sini sekejap ya, abang pergi kunci pintu
di tingkat bawah! Hani tinggal di sini dulu dan bertenang.” Tubuh Syamil hilang dari pandanganku kerana
dia menuruni tangga.
Aku menunggunya dengan perasaan berbaur. Indah,
kerana berpeluang bersama dengan kekasih hati. Bimbang, kerana mengenangkan
Idham yang berada di rumah. Tentunya dia kerisauan kerana tindakanku ini. Rasa
berdosa dan bersalah seolah
menghimpitku.
“Sudahlah sayang, jangan bersedih lagi! Abang ada
ni! Tak akan jadi apa-apa!” Tersentak
aku apabila mendengar suara Syamil yang kembali ke sisiku dari arah belakang.
Syamil pun kulihat dalam keadaan serba salah. Tidak
dapat aku teka apakah yang ada di dalam fikirannya. Dia menghulurkan tangannya
kepadaku dengan pandangan matanya yang redup, seolah memintaku bangun dan
berdiri berhadapan dengannya. Perlakuan
Syamil semakin menambah ombak debar di dadaku.
“Mengapa ni sayang? Tertakut-takut aje bila berdepan
dengan abang! Kita dah bertemu banyak kali. Hani tak percaya pada abang ke?”
Syamil bersuara perlahan seolah berbisik di telingaku. Renungan matanya menikam
ke mataku. Lagi sekali ibu jarinya
mengesat air mata yang masih meleleh di pipiku. “Hani, I love you,”
bisik Syamil sambil mengucup pipiku.
Alangkah indahnya perasaan ini, mendengar bisikan
itu. Namun, debaran di dadaku kian bergemuruh. Aku semakin takut dan resah
apabila desahan nafas Syamil yang kedengaran di telingaku semakin deras dan
pendek-pendek. Aku sedar statusku sebagai seorang isteri. Aku juga sedar aku
seorang isteri yang tidak pernah menikmati kemesraan seperti yang ditunjukkan
oleh Syamil daripada suamiku Idham. Walau keinginan meronta, dambakan kemesraan
yang lebih lagi dari lelaki itu tetapi aku tetap takut melakukan sesuatu yang
melenyapkan rasa hormat kepada diriku sendiri. Mengaibkan diriku dihadapan
ALLAH. Aku terlalu sayang kepada Syamil, aku juga sayang kepada diriku. Namun
TUHANlah yang lebih kukasih.
“Sudah lama abang menantikan saat ini sayang.” Dia
memaut leherku dan bibirnya cuba menyentuh bibirku.
“No... no... cukuplah bang! Tak baik
buat begini!” Aku cuba merenggangkan tubuhku dari pelukan Syamil. Tanganku
menolak mukanya yang semakin rapat dengan mukaku.
“Maafkan Hani! Hani masih isteri orang!” Aku
bersuara perlahan sambil mataku mendakap pandangan mata Syamil untuk meraih
pengertian darinya.
“Abang minta
maaf! Abang tak dapat kawal perasaan untuk bermesra dengan sayang! Selalu abang
mimpikan Hani! Dan hari ini dapat peluang, abang ingin melepaskan segala
kerinduan yang terpendam di jiwa selama ini… maaf ya!” Syamil mengenggam
tanganku dan menciumnya bertalu.
“Kita cepat-cepat bernikah sayang! Hani carilah jalan
untuk kita menyatukan cinta kita dengan segera!” kata-kata daripada Syamil
mengundang kesedihanku.
Apalah dayaku kekasih, pertemuan ini di manakah
silapnya, percintaan ini di manakah cacatnya? Seluruh kasih ini tercurah hanya
kepadamu, seluruh sayang ini hanya milikmu. Namun, dapatkah aku mempercayai
segala impian yang telah kau binakan itu sedangkan sebelum ini telah terbukti
yang impian itu telah tercalar balar.
“Abang! Sekejap lagi, abang hantar Hani balik ke
stesen bas, ya? Sebelum itu, abang ceritalah pada Hani tentang rancangan bisnes
abang tu.” Aku cuba mengalih tajuk perbualan.
“Okey! Hani jangan bersedih lagi tau! Sayang
abang.” Syamil memandangku sambil
tersenyum. Dia merapatkan pipinya ke bibirku, minta untuk dicium.
“Please, Hani! Sekali saja! Please!”
Ah! Lelaki ini selalu membuat aku resah. Kalaulah Idham yang bersikap
begini. Malangnya Idham terlalu garang.
Kering dengan kemesraan.
“Jangan begini. Tak baik. Hani masih isteri orang.”
Aku menolak tubuh Syamil yang semakin kemas memelukku dengan lembut.
ADUH! Sakitnya kepalaku. Serba
salah aku jadinya. Simpanan aku pun
tidak banyak lagi. Aku perlu beringat.
Wang untuk urusan jenazahku atau Idham, sekiranya berlaku kematian di antara
kami, tidak boleh aku lupa. Syamil ini, tidak dibantu salah. Di bantu pun aku
bimbang aku yang akan ditimpa masalah pada suatu hari nanti sekiranya Syamil
berpaling arah. Puas aku
menimbang-nimbang di dalam neraca pemikiran dan perasaanku. Kedua isterinya
tidak dapat membantu, kerana masalah masing-masing.
Ina, isteri pertamanya tidak bekerja dan dirinya
sendiri pun bergantung penuh kepada
Syamil. Norshakila, walaupun
bekerja, tetapi menurut kata Syamil dia masih belajar dan sikapnya yang tidak
bertolak ansur itu tentu melemaskan Syamil. Sebagai
suami dan lelaki tentu Syamil pun ada egonya tersendiri. Jika Norshakila enggan
membantu mustahil dia ingin meminta-minta. Maruahnya sebagai seorang suami
harus dipelihara.
“Helo, sayang!” Syamil menelefon telefon
bimbitku. Aku faham apa yang
diingininya. Dia berharap aku sudah menguruskan pinjaman itu dan wang sudah
dimasukkan ke dalam akaunnya.
“Hmm... bang, apa khabar?” Aku bersuara manja seperti
selalu.
“Macam mana sayang? Loan dah lulus ke? Dah bank inkan untuk abang?” Dalam nada lembut Syamil
menyoalku.
“Abang... Hani minta maaf! Hani tak dapat buat
pinjaman untuk abang, sebab takut hubby dapat trace… tiap-tiap
bulan dia tengok payslip Hani.” Aku berterus terang.
“Okeylah... tak apa! Bye...” Nada suara Syamil
seakan merajuk dan kecewa.
Syamil terus mematikan talian telefon. Aku cuba
menghubunginya berulang kali, namun kecewa. ‘Nombor yang anda dial tidak dapat
dihubungi’. Itulah mesej yang sering membuatkan jiwaku tertekan. Dua tiga hari
Syamil tidak menjawab panggilan telefon dariku. Kotak fikiranku meneka beberapa
perkara. Sama ada dia menyepikan diri kerana ingin berikhtiar mencari wang,
ataupun pergi ke rumah Norshakila. Aku resah apabila membayangkan Syamil yang
sedang bermesra dengan wanita itu. Hatiku mula dibungai cemburu. Cemburu dan
rindu.
MALAM itu, seperti biasa
aku berchatting dengan Syamil.
>abgdno< Assalamualaikum
sayang. Dah lama tunggu abang ke?
>abgdno< Sorry,
lambat sikit. Malam ni abang jaga kaunter di kafe ni.
>Lidyahani< Tak
apa. Habis tu, sekarang busy lagi ke? Ramai
orang di kafe ke malam ni?
>abgdno< Tak
ada… dari pagi hingga malam ni, ada tiga orang saja.
>Lidyahani< Banyak
hari abang tak ada. Hani call pun abang tak mahu jawab. Mesej pun abang buat
senyap saja... abang balik ke rumah 2nd wife ke?
>abgdno< Tak!
Abang balik kampung. Mencari damai di hati. Kafe pun
abang tutup.
>Lidyahani< Bawa
isteri dan anak-anak ke?
>abgdno< Tak...
isteri abang, Ina tak pernah ikut abang balik kampung. Abang balik sorang saja.
Ingat nak minta bantuan wang daripada kakak abang.
>Lidyahani< Habis
tu... dapat ke bang?
>abgdno< Tak...
tak ada sayang. Mereka pun ada masalah yang
tersendiri.
>Lidyahani< Abang
nak guna duit tu untuk apa?
>abgdno< Kan
abang cerita, abang jadi agen komputer nasional tu... bila abang buat promosi
abang ada juga dapat pesanan.
>Lidyahani< Ramai
ke yang pesan komputer dari abang?
>abgdno< Alhamdulillah,
buat permulaan ni...dah ada tiga orang
yang memesannya.
>Lidyahani< Wow!
Tahniah…
>abgdno< Tahniah
nak buat apa. Sebenarnya abang susah hati, abang dah janji
dengan mereka nak hantar komputer tu dua minggu lagi... tapi abang tak ada
modal untuk beli.
>Lidyahani< Shakila
tak dapat tolong ke?
>Lidyahani< Shakila tak dapat tolong ke?
>abgdno< Abang
malas nak bincang dengan dia. Abang pernah cuba berbincang dengan baik, tetapi
dia marah kepada abang. Dia kata hal bisnes hal abang...
dia tak mahu campur.
>Lidyahani< Laaa...
isteri apa macam itu? Kan dia pernah e-mail pada Hani,
hina Hani. Dia dah dapat cium bau syurga! Syurga itu untuknya kerana dia pandai
jaga abang..
>abgdno< Pandai
jaga? Minta tolong sikit pun tak boleh.
Bising. Pot pet pot pet… menyesal abang kahwin dengan dia.Ingatkan
bolehlah membantu abang! Langsung tak memahami cita-cita abang.
>Lidyahani< Kalau
abang tak ada modal... tak dapat tunaikan janji kepada customer, mereka akan
hilang kepercayaan kepada abang nanti. Ini maruah abang, kepercayaan orang
kepada kita tak boleh dinilai dengan wang.
>abgdno< Habis tu, nak buat macam mana? Abang
pun pening, berserabut otak memikirkan hal ini. Ada peluang, modal pula tak
ada.
>Lidyahani< Abang
perlukan berapa?
>abgdno< RM3000-RM4000.
Dapat RM2000 dulu pun tak apa.
>Lidyahani< Yang
abang ada?
>abgdno< RM1000...
>Lidyahani< Hani
akan cuba bantu abang… ini sebab maruah abang. Abang kena jaga maruah sebagai
seorang usahawan.Kalau orang keliling tak percaya kepada abang, susah
abang nak maju nanti…
>abgdno< Hani...
tak usahlah susah-susah. Hutang dulu pun abang belum bayar. Sepatutnya, isteri
abang yang berkorban untuk abang. Ini tidak...
>Lidyahani< Kita
dah lama berkawan..
>abgdno< Berkawan?
Berkawan saja?
>abgdno< Bukan
berkasih?
>Lidyahani< Apa-apa
sajalah bang.
>Lidyahani< Hani sayang abang dan ingin abang berjaya.
>abgdno< Terima
kasih…
>Lidyahani< Hani
ada sedikit barang kemas, Hani pinjamkan untuk abang. Gunakanlah sebagai modal
pusingan..
>abgdno< Tak
usah…
>Lidyahani< Habis
tu abang ada sumber yang lain?
>abgdno< Abang
takut... Hani dah banyak berbudi dengan
abang. Lagipun soal barang kemas ni... kalau
Idham dapat tahu macam mana? Hani tak pakai ke? Abang tak mahu Hani kena marah
dengan suami kerana abang.
>Lidyahani< Abang
pinjamlah sekejap. Itu saja caranya yang Hani ada. Abang cagarkan untuk
dapatkan wang yang abang mahukan itu.
>abgdno< Hani
percaya abang?
>Lidyahani< Bukan
soal percaya atau tidak. Soalnya sekarang, maruah abang kena jaga.
>abgdno< Hani...
macam mana abang nak balas segala pengorbanan Hani.
>Lidyahani< Asalkan
abang layan Hani dengan baik... itu sudah memadai. Hani hanya ingin menumpang
kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan