Selasa, 28 Julai 2015

Cinta Tak Pernah Usai- Bab 11



SURIA memancarkan sinaran, menerangi alam semesta. Bunga-bunga mawar yang berkembangan di halaman rumah Mak Bedah seolah melambai-lambai apabila dibelai angin bayu. Harum bunga melur yang sedang lebat berbunga dicelah-celah pohonnya yang merimbun di tepi tangga menyamankan udara pada tengah hari itu. Begitu agungnya kekuasaan TUHAN yang mampu mengadakan apa sahaja untuk faedah makhluk ciptaan-NYA. Untuk dipandang keindahannya, dihidu harumannya, bahkan untuk segala-galanya. Semuanya telah disempurnakan oleh DIA.
Beberapa orang tetamu sedang duduk di anjung rumah itu. Mereka yang baru sahaja datang berbual-bual mesra beberapa ketika. Dulanghantaran sebanyak tujuh dulang bersusun di atas lantai di ruang tamu rumah Mak Bedah dan Pak Yusof. Sebenarnya mereka terkejut menerima tetamu yang tidak diundang itu.
Beginilah, Encik Yusof, Puan Bedah. Kita ringkaskan majlis hari ini. Sekarang ini saya mewakili pihak lelaki ingin tahu jumlah hantaran yang pihak perempuan inginkan,” kata Pak Cik Dali yang menjadi jurucakap bagi keluarga lelaki dalam adat meminang itu.
Yalah, hantaran tu janganlah sampai tidak mampu ditanggung oleh anak saya. Ikhwan tu sedang belajar lagi,” sampuk Mak Cik Tijah tiba-tiba.
Minumlah... soal hantaran tu biar kami suami isteri berbincang dulu,” kata Mak Bedah berbasa basi. Dia terus menghidangkan minuman dan sedikit juadah untuk tetamu. Kopi Odan pisang goreng yang masih panas.
“Jemput minum ya!Jangan segan-segan,”pelawa Pak Yusof dengan ramah. Setelah itu dia mengekori Mak Bedah yang mencuit mengajaknya ke dapur.
Saya nak hantaran RM10,000 serba satu,” bisik Mak Bedah di telinga Pak Yusof.
“Tak boleh kurang satu ringgit pun. Tak ada tawar menawar!”tegasnya. Dia tidak peduli apa orang lain akan kata. Dayana anaknya dandia berhak menentukan jumlah hantaran serta maskahwin untuk anak kesayangannya itu.
Hisy! Awak dah gila ke?”jawab Pak Yusof dengan nada terkejut. Ungkapan yang terkeluar daripada bibir Mak Bedah tidak diduganya sama sekali. Nampak seolah isterinya itu sudah berubah sikap. Daripada seorang yang pemurah dan mudah berunding kepada seorang yang tamak haloba dan tidak boleh dibawa berbincang.
Nanti orang kata kita nak menjual anak pulak! Tak baik,” nasihat Pak Yusof tanpa mengetahui niat yang tersembunyi di hati nurani isterinya.
“Awak,Cik Tijah tu sebenarnya tak mahu bermenantukan Yana. Dia kata anak kita tak sama taraf dengan anaknya, Ikhwan yang berpendidikan tinggi. Sedang belajar di universiti di luar negara. Tak lama lagi, Ikhwan akan jadi arkitek. Jadi tak sesuai beristerikan Yana,” cerita Mak Bedah bersungguh-sungguh sambil membisikkan segala kata-katanya.

Mana awak tahu?”tanya Pak Yusofdengan perlahansambil merenung wajah isterinya.
Saya dengar dia mengumpat Yana di kedai runcit Abu, senja semalam. Saya dengar sendiri. Dia tak perasan saya ada di situ, sebab sedang seronok mengumpat anak kita,” sambung Mak Bedah lagi masih berbisik di telinga Pak Yusof.
Tak apalah kalau begitu. Saya akan beritahu hantaran yang kita mahukan, RM15,000 serba satu,” kata Pak Yusof pula. Mereka beredar kembali ke anjung setelah bersepakat dan bersatu hati dalam membuat keputusan.
“Apa? Lima belas ribu? Tinggi sangat Cik Bedah! Yana tu, apa yang dia ada? Sekolah pun setakat SPM aje. Tak bekerja pulak tu. Takkan sampai 15 ribu hantarannya. Kalau 1500 tu saya sangguplah. Itu pun dah kira mahal!”kata Mak Cik Tijah dengan suara sinis.
Yana tu kan bekerja sendiri, Cik Tijah!”sanggah Mak Bedah sambil tersenyum menahan sabar. Wajahnya terpaksa dimanis-maniskan sewaktu mengungkapkan kata-kata itu sebagai tanda menghormati tetamu yang datang ke rumahnya.
Alah! Kalau setakat buat kerepek pisang, kerepek ubi, kuih tradisional tu, takkan  nak letak hantaran macam artis popular,” sindir Mak Cik Tijah lagi. Hatinya mula rasa dipanggang.
Kecil-kecil bisnesnya tu, ada jugak pendapatannya Cik Tijah! Dalam sebulan, dapat tujuh lapan ratus ringgit,” jelas Mak Bedah lagi dengan suara yang sengaja diramahkan serta merendah diri.
Mak Cik Tijah mengetap bibirnya dan terkumpal-kumpal tidak tahu untuk mejawab apa. Sememangnya dia sudah mengetahui tentang bisnes gadis itu. Kerepek, kuih-kuih tradisional dan kek buatannya sudah terkenal dan menjadi kegemaran ramai. Dia juga sudah faham sangat dengan cita-cita gadis itu untuk menjadi usahawan yang berjaya.
“Tak apa, Cik Tijah! Lebih baik Cik Tijah berbincang dulu dengan Ikhwan. Lepas tu kita berunding lagi,” sampuk Pak Cik Yusof dengan tenang. Harapannya agar wanita berhati besar itu tidak terkoyak perasaannya dengan penolakan mereka itu. Mata Mak Cik Tijah memberi isyarat kepada ahli rombongannya. Wajahnya yang mencuka terpaksa dimanis-maniskan. Sungguh dia tidak menduga yang Mak Bedah dan Pak Yusof meletak jumlah hantaran semahal itu.
“Kalau begitu kami beredar dululah. Terasa panas pulak lepas minum kopi O tadi,” kata Mak Cik Tijah sambil berpura-pura senyum.
“Dulang-dulang hantaran ni bawa balik dululah,” sampuk Mak Bedah pula dengan manis muka. Pak Yusof dan Mak Bedah menghantar rombongan meminang sehingga ke kereta.
“Dia ingat anak kita tak laku sangat! Geram betul saya dengan mulut Tijah tu,” kata Mak Bedah sebaik sahaja kereta-kereta tetamu bergerak meninggalkan halaman rumahnya.
“Ikhwan tu takkan tak mengikut perangai maknya satu hari nanti!”tukasnya.
Pak Yusof sempat menjeling apabila mendengar  kata-kata itu. Nampak benar isterinya itu sedang marah. Bersungguh-sungguh marahnya.
Jika dibandingkan Ikhwan anaknya itu, saya lebih berkenan dengan pemuda yang hantar Yana balik dari hospital tempoh hari. Maknya pun baik. Cepat mesra. Tak berlagak!”sambungnya lagi. Hatinya memang tidak boleh serasi dengan orang sombong dan berlagak. Bercakap besar macam dunia ini kepunyaan dia!


“Siapa? Akif?”soal Pak Yusof. Matanya membayangkan wajah pemuda itu. Agak lama juga dia mengenalinya. Pemuda berperibadi sederhana itu, dia pun berkenan.
Siapa lagi...” jawab Mak Bedah sambil tersenyum meleret. Entah mengapa hatinya begitu terpaut hati dengan perwatakan pemuda itu.
“Bertuah badan kalau dapat bermenantukan Akif tu,”tukas Pak Yusof sambil meleretkan senyuman.

HEMBUSAN angin petang mengusap wajahnya. Ikhwan yang sedang bermenung di muka jendela anjung rumah gelisah di dalam penantian. Keresahan terus merajai sanubari di saat menunggu kepulangan emaknya yang pergi melamar kekasih hati. Bunyi hon kereta dari halaman rumah, menyebabkan dia segera menerpa muka pintu. Hatinya berdebar bercampur cemas apabila melihat seorang demi seorang yang keluar dari kereta membawa balik dulang hantaran. Bagaikan dapat meneka sesuatu yang tidak elok Ikhwan terus menuruni tangga seolah-olah tidak sabar untuk bertemu dengan emaknya.
Padan muka!Pinangan kau ditolak mentah-mentah!”beritahu Mak Cik Tijah sebaik sahaja sampai ke kaki tangga. Belum sempat Ikhwan berkata atau bertanya sesuatu pun. Perkhabaran itu seolah-olah mengapak dan mencincangkan hati anakmuda itu menjadi menjadi cebisan-cebisan kecil.
Apa mak? Pinangan ditolak? Mustahil...saya tak percayalah,”kata Ikhwan dengan nada kecewa. Reaksi emaknya yang membuat muka kering semakin menusuk hati.
“Betul ke, Ayah Da?”soal Ikhwan kepada Pak Cik Dali yang dipanggilnya Ayah Da apabila emaknya enggan memberi penjelasan.
Bukannya ditolak, tetapi mereka suruh berunding dulu tentang hantaran yang hendak dibawa,” terang Pak Dali.
Kenapa? tanya Ikhwan sambil mengerutkan wajah. Matanya mengecil sewaktu melihatwajah Pak Dali  dan emaknya.
Mak kamu tu! Dia ingat Yana tu kambing biri-biri ke? Nak mintak anak dara orang, hantaran rendah-rendah. Ungkit pasal Yana tak ada kerjalah. Yana hanya ada SPM sajalah,” cerita Pak Dali dengan suara kuat.
“Langsung tak hormat pada perasaan orang lain. Bercakap ikut sedap mulut dia aje,” tempelak Pak Dali pula.
Dah memang Yana tak bekerja, kan? Sekolah pun setakat tingkatan 5 aje. Seluruh kampung ni dah tahu tentang itu! Takkan hantaran kahwin macam primadona pulak!”tempelak Mak Cik Tijah sempat lagi menyindir.
Mak Bedah mintak hantaran berapa?”tanya Ikhwan kepada Pak Dali.
“RM15,000serba satu. Yang mak kamu beritahu kepada Mak Bedah kamu, seribu lima ratus aje dia sanggup,” cerita Pak Dali lagi.
“Dia ingat Yana tu janda ke?”soal Pak Dali dengan nada tidak puas hati dan marah.
“Astaghfirullahalazim. Saya dah beritahu pada mak, jangan tawar-menawar soal hantaran,” kata Ikhwan sambil meraup wajahnya berulangkali dengan perasaan kesal.
“Saya dah berjanji dengan Yana. Kepulangan saya ini sebab nak menguruskan hal kami berdua. Saya nak bernikah dengannya dan akan bawa dia ke sana,” jelas Ikhwan dengan nada kecewa.
“Berapa hantaran pun saya sanggup, sebab saya memang cintakan dia,”ujarIkhwan sambil menghela nafas dan melepasnya dengan deras.

Banyak duit kamu!”sanggah Mak Cik Tijah lagi sambil menjegilkan matanya. Ikhwan hanya menjawab dengan keluhan. Mustahillah dia sanggup berjanji jika tiada kemampuan.
Mak kan tahu, di sana Ikhwan bukan pernah buang masa! Kalau tak ada kuliah, Ikhwan bekerja. Jadi apa yang mak nak risaukan pasal duitnya,”rungut Ikhwan dengan nada kesal. Tambatan kecewa yang sedang mengikat hatinya begitu menyakitkan.
“Beginilah, Ikhwan. Nanti kamu berundinglah sekali lagi dengan mak dan ayah kamu. Kalau ada persetujuan nanti, Ayah Da sanggup pergi sekali lagi ke rumah Mak Bedah tu, pinangkan Yana untuk kamu,” janji  Pak Dali.
Tak payah nak runding-runding lagi! Tak payah kahwin dengan dia! Apa kamu ni tak ada maruah ke, Ikhwan? Sudah dihina begitu pun masih terhegeh-hegeh. Macam kemaruk sangat kepada Yana tu,” tingkah Mak Cik Tijah kasar. Matanya menjeling geram.
PerasaanIkhwan benar-benar buntu dengan sikap emaknya. Ketenangannya tiba-tiba lenyap. Kedamaian hatinya seolah terpadam. Hati yang meretak terus terpatah. Duka pun ternganga.
Mak Bedah kamu tu tak sedar diri! Dia ingat Yana tu cantik sangat. Tak kuasa mak nak benarkan kau keluarkan duit berbelas ribu ringgit untuk hantarannya tu,” kata-kata kesat yang terungkap daripada bibir emaknya seolah menggigit anak telinganya.
Kalau kau dah nak beristeri sangat-sangat nanti mak carikan! Yang lebih cantik dan berpelajaran tinggi, baru sepadan dengan kau,”sambungnya lagi sambil mengembang kempiskan hidungnya.
Mak!! Tak baik mak menghina Yana begitu. Tak cantik di mata mak, tetapi cantik di mata saya dan semua orang yang melihatnya,”balas Ikhwan cuba membela kekasih hatinya itu.
Ikhwan! Selagi ada umur mak ni, jangan sesekali kamu ambil Yana menjadi isteri kamu! Kalau kamu ingkar juga! Derhaka kamu!”
Sanggahan emaknya dengan suara kuat menyebabkan Ikhwanjauh hati. Dia terus meninggalkan rumahnya pada tengah hari itu. Cuba mengembalikan kedamaian di kalbu. Terluka hatinya kerana sikap keras kepala emaknya itu.


SEPETANG itu dia berjalan-jalan di sekitar bandar kelahirannya, Parit Buntar. Bandar kecil yang tidak banyak perubahannya. Tidak pesat pembangunannya. Ikhwan terus menapak sehingga senja menjelma. Suara azan Maghrib yang berkumandang di telinganya menyebabkan Ikhwan terus berjalan menuju ke masjid di pekan itu. Kenangannya pada peristiwa yang berlaku petang tadi terhapus seketika.
“Assalamualaikum, Ikhwan! Bila kau balik?”Terdengar satu suara menegurnya sewaktu dia sedang tertunduk-tunduk mengambil wuduk di kolah di tepi masjid. Dia menoleh sambil tangannya meraup wajah yang dibasahi air.
“Dah dua minggu,” jawabnya sambil cuba mengamati wajah pemuda yang berada di sisinya. Ikhwan cuba mengingati.
Akiflah!  Kau dah lupa?”Pemuda itu memperkenalkan dirinya sambil tersenyum lebar.
Bukan lupa! Kau tu dah berubah. Semakin handsome!”Ikhwan sempat bergurau. Mereka berjabat tangan dan berpelukan seketika.
“Kau pun apa kurangnya,” balas Akif sambil ketawa mesra.

Tak pernah nampak kau di masjid ni,” tukasnya perlahan. Dia memandang Ikhwan sambil tersenyum manis.
“Dah pertama kali aku datang ke sini... macam mana kau nak nampak,”jawab Ikhwan mesra sambil menyeka air wuduk yang menjejeri dagunya.
Ya tak ya jugak...”setuju Akif sambil menyapu kepalanya. Kedengaran azan berkemundang menandakan masuknya waktu Maghrib.
Leka bersembang nanti terlepas pula nak berjemaah dengan jemaah yang lain! Jom kita solat dulu,” ajak Akif sambil beredar menuju ke ruang solat. Ikhwan cepat-cepat mengekorinya.
Selesai solat Maghrib, Akif dan Ikhwan masih setia duduk di ruang solat. Masing-masing sibuk mengabadikan diri kepada TUHAN dengan zikrullah sementara menanti masuk waktu Isyak.SelesaiIsyakbaru mereka meninggalkan masjid dan singgah di gerai Mak Limah.
“Ikhwan,kita berborak di sini sambil makan mi kari,”cadang Akif lalu membuat pesanan mi kari untuk mereka. Lama tidak bertemu banyak perkara yang diceritakan sambil menikmati makanan.
“Aku ingat lagi, dulu sewaktu ada perlawanan hoki antara sekolah kita, aku bedal buku lali kaki kau dengan kayu hoki!”
“Yalah,lepas tu aku pulak intai peluang untuk balas dendam. Tak dapat bola, keting kaki kau yang aku cangkuk! Tapi ternampak pulak dek Cikgu Maniam,” sambutIkhwan dengan gembira.
“Hah! Kau kena keluar padang.Aku pun sama, sebab kaki aku cedera.Sakit! Macam nak tercabut urat rasanya,” sambung Akif pula.
“Hmm... selepas perlawanan hari itulah kita mula berkawan,” kata Ikhwan terus mengimbas nostalgia mereka. Tawa dua orang sahabat itu masih belum berhenti. Ikhwan seolah terlupa kekecewaaan yang sedang terlukis di hatinya.
Akif pun begitu juga. Kehampaan yang sedang menggigit sanubarinya dileraikan seketika. Lewat tengah hari tadi sewaktu dia cuba berkunjung ke rumah Dayana, dia ternampak beberapa orang sedang turun dari kereta ke rumah gadis itu. Tetamu yang agaknya baru tiba ke rumah gadis itu membawa dulang-dulang hantaran. Tradisi yang selalu dilihat dalam masyarakat Melayu di dalam adat meminang.
“Akif, berapa orang anak kau?”soal Ikhwan mengejut. Dia mengusap-ngusap lehernya yang berpeluh.
“Hei! Aku belum kahwinlah,”jawab Akif sambil ketawa perlahan.
“Hai, begini punya kacak takkan tak laku? Kau kerja kat mana sekarang?”tanya Ikhwan lagi seolah tidak sabar ingin mengetahui kisah sahabatnya yang sudah lama terpisah itu. Namun, Akif tetap periang macam dulu. Itulah yang difikirkan oleh Ikhwan.
“Kau ingat perempuan sekarang pandang rupa kacak aje ke? Kalau poket kosong, sebelah mata pun mereka tak pandang! Tambah-tambah macam aku ni kerja sendiri, lagi orang tak pandang,” jawab Akif sambil ketawa dan merendah diri.
“Tak pakai tali leher, tak pandu kereta besar dan mewah, siapa yang mahu,”sambungnya lagi. Ketawanya masih belum menyepi.
“Kau buat kerja bendang ke, Akif?”tanya Ikhwan sambil menatap wajah sahabatnya itu yang sentiasa bermanis muka sejak dari tadi. Tetapi Akif tidak pun kelihatan seperti pemuda yang melakukan kerja-kerja


kampung begitu. Jika sentiasa berjemur di tengah sawah, bermain selut lumpur, kulit yang selalu diratah matahari akan kering dan kusam.
“Kalau aku, aku tak sesuai kerja bendang begitu! Nasib baik aku dapat sambung belajar sehingga ke luar negara. Tamat belajar esok insya-ALLAH, mesti aku dapat kerja yang bagus jugak!”
Tak sempat Akif menjawab Ikhwan meneruskan bicaranya.
“Aku tak kisah kerja di mana pun, Ikhwan! Asalkan dapat rezeki yang halal dan berkat. Aku percaya dan yakin ALLAH telah menentukan kadar rezeki kepada setiap hamba-NYA,” jawab Akif  merendah diri lagi.
Ikhwan memang tidak tahu sangat tentang dirinya. Maklumlah walaupun mereka sebaya tetapi berlainan sekolah. Selepas mendapat keputusan SPM dia memilih untuk menyambung pelajarannya di universiti tempatan walaupun mendapat tajaan biasiswa JPA untuk melanjutkan pelajaran di luar negara juga. Manakala Ikhwanhanya mendapat tawaran ke luar negara. Itulah yang didengarnya.
“Hampir 10 tahun kita tak jumpa ya! Terima kasihlah Akif kerana tegur aku di masjid tadi! Kalau kau tak tegur, memang aku tak kenal lagi kau!”terang Ikhwan. Dia menggenggam tangan Akif.
“Alah! Kenal tak kenal, sesama Islam kena tegur-menegur! Barulah wujud ukhwah Islamiah sesama kita,” jawab Akif tenang.
“Mengikat silaraturahim tu wajib. Memutuskannya memang ditegah. Tetapi sekarang ni umat Islam sudah berpecah belah kerana fahaman politik yang berbeza! Mereka taksub dengan pemimpin politik sehingga melupakan al-Quran dan sunnah,” sambung Akif lagi.
“Betul tu! Kalau semua orang Islam berfikiran macam kau, tak adalah huru hara dalam kalangan umat Islam. Tapi sekarang ni di merata dunia umat Islam saling berbalah sesama sendiri dan sanggup berbunuhan,” kata Ikhwan.
“Yang kau sibuk tanya tentang aku. Kau macam mana pulak? Dah ada mem ke belum?”tanya Akif dengan suara riang. Ikhwan meredupkan matanya seketika. Wajahnya kembali muram. Cintanya seolah tidak kesampaian.
“Tak taulah, Akif! Cadang-cadangnya balik bercuti ni nak menjabat tangan Tok Kadi,tapi...”Ikhwan menghentikan bicaranya. Dia mengeluh panjang dengan perasaan yang memberat.
“Tahniahlah kalau begitu,” pintas Akif. Gerhana dihatinya kerana kekecewaan apabila pujaan hati dipinang orang ditutupi dengan mengingatkan, jodoh dan pertemuan itu ketentuanALLAH.
“Harapan di hatiku  seolah menggenting, menanti waktu untuk terputus. Mak aku tak setuju dengan gadis pilihan akulah, Akif! Buntu fikiran aku sekarang ni. Hati pun rasa dicengkam-cengkam dengan tangan besi mak aku,”sambung Ikhwan lagi sambil ketawa kecil untuk menyembunyikan hati yang lara.
“He...he... Ikhwan! Tak usah buntu. Lihat semuanya dengan positif. Kalau ALLAH dah memang jodohkan kau dengan gadis itu tak ada siapa yang dapat menghalangnya. Mana tahu, bila balik ke rumah nanti mak kau dah lembut hati dan menyetujui pilihan kau. Tetapi jika ALLAH tidak mahu menjodohkan kau dengan dia..”
Bicara Akif terhenti kerana Ikhwan memegang tangannya yang di atas meja.
“Insya-ALLAH Akif, aku masih ingat yang diri aku ini hak mutlak ALLAH!”pintasIkhwan sambil tersenyum. Hati yang berkocakan tadi kembali damai apabila mendengar nasihat teman lamanya itu.
Malam itu hampir sejam mereka berbual. Apabila Mak Limah ingin menutup gerainya baharulah mereka berpisah.

“Jumpa lagi, Ikhwan! Insya-ALLAH, TUHAN akan merencanakan yang terbaik untuk cinta dan kehidupan kau, aku akan doakan,” ucap Akif sambil menjabat tangan Ikhwan.
“Terima kasih, Akif! Aku pun akan doakan yang sama jugak buat kau! Kau kahwin nanti kalau tak jemput aku, siaplah,” balasIkhwan sambil memeluk Akif kuat-kuat. Akif hanya ketawa di dalam pelukan temannya itu sedangkan hatinya menangis.

Tiada ulasan: